Pages

LIMA BERADIK DARI PENDALAMAN SARAWAK TAWAN LIMA UNIVERSITI


Jackson, Lena, Lawrence, Lily dan Miry, lima orang adik beradik ini adalah anak jati kelahiran Daerah Song, Kapit, Sarawak. Kesemua adik beradik ini mendapat pendidikan awal di SK Nanga Nansang Katibas, Song dan meneruskan persekolahan menengah di SMK Katibas (Tingkatan 1 hingga 5). Tamat Tingkatan 5 di SMK Katibas, mereka meneruskan pelajaran Tingkatan 6 di SMK Song. 

Sungguhpun belajar di sekolah pedalaman seperti SK Nanga Nansang dan SMK Katibas yang hanya boleh diakses melalui jalan air, menggunakan perahu, namun, kelima-lima adik beradik ini membuktikan bahawa kondisi seburuk atau sesulit mana pun bukan alasan untuk mereka tidak berjaya. Bagi mereka, tiada apa yang mustahil! Berkat usaha mereka, didikan guru, dan sokongan keluarga, kelima-lima adik-beradik ini berjaya menjejakan kaki ke menara gading, menawan 5 buah universiti, membawa pulang Ijazah yang menjadi kebanggaan seisi keluarga dan seluruh warga Kapit, Sarawak.  

Lena adalah graduan daripada Universiti Utara Malaysia (UUM). Lily pula bergraduasi daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Lawrence adalah graduan lulusan daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM), Miry menamat pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Jackson pula sedang menuntut di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM),

Selain Jackson yang sedang dalam proses menamatkan pengajian, abang dan kakaknya yang lain sudah berada di alam pekerjaan. Lena mengajar di SK St. Peter, Saratok, Lily mengajar di SK Temalat, Song, Miry mengajar di SK Nanga Assan Sibu dan Lawrence pula bekerja sebagai Enginner di Sarawak Energy Berhad (SEB).

Kisah kejayaan lima orang adik beradik ini dikongsikan menerusi Projek MyStory Inspirasi Kejayaan iaitu inisiatif oleh Persatuan Kebajikan Generasi Harapan Malaysia, iaitu sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang komited untuk membina dan memperkasakan komuniti, bertekad merealisasikan transformasi dalam kalangan generasi muda, dan institutsi keluarga ke arah melahirkan agen transformasi yang akan menyumbang dan menjayakan pembinaan negara bangsa. Melalui Projek MyStory, anak jati kelahiran Kapit, Sarawak berkongsi pencapaian atau kisah kejayaan mereka dengan harapan ia dapat memotivasi, memberikan semangat baru dan inspirasi kepada generasi muda di Kapit, agar tetap teguh, tetap miliki harapan untuk terus mengecapi impian dan cita-cita mereka! 

Sumber

Persatuan Kebajikan Generasi Harapan Malaysia
www.facebook.com/generasiharapanmalaysia

mnonline

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

No comments:

Post a Comment